Kelas Multimedia Canva

7 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 06 September 2019 telah diadakan satu Kelas Multimedia Canva yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 02.30 petang dan berakhir pada jam 04.30 petang. Tujuan kelas multimedia ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, pendedahan dan juga latihan berkaitan penghasilan logo dengan menggunakan laman Canva.

Mereka telah menggunakan laman Canva bagi mereka bentuk logo mereka. Mereka juga menggunakan templet yang disediakan dan mengubahnya mengikut kreativiti masing-masing. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menghasilkan logo tersebut dengan mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali